Kelantan tidak pernah keluarkan kelulusan buka pawagam

KOTA BHARU – Kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang kelulusan kepada mana-mana pihak bagi mewujudkan pawagam di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kenyataan itu membuktikan kewujudan Paragon Cinema di KB Mall Julai ini adalah tidak benar.

“Tidak ada (permohonan) yang dilakukan. Itu hanya viral sahaja. Tidak ada permohonan, tidak ada kelulusan. Jika ada, saya akan beritahu,” katanya kepada media ketika ditemui di pejabatnya di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai viral di laman sosial Facebook yang mendakwa Paragon Cinema akan diwujudkan di pasar raya besar, KB Mall dan mula beroperasi Julai ini.

Abdul fattah berkata, pihak kerajaan negeri sentiasa terbuka menerima permohonan bagi mewujudkan pawagam di negeri ini asalkan pihak tersebut sudi mematuhi syarat wajib yang telah ditetapkan. [SINAR HARIAN]

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment