KELANTAN TIDAK PUTUS ASA TUNTUT ROYALTI

webmaster

OLEH SALMAH MAT HUSAIN | FOTO SHASLIZA SAMSUDIN

KOTA BHARU: Kerajaan negeri tidak akan berputus asa dalam usaha menuntut royalti petroleum daripada kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub berkata, kerajaan negeri tidak patah semangat dalam menuntut royalti walaupun pelbagai alasan diberikan Kerajaan Pusat.

“Perjumpaan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamad Azmin Ali telah dibuat. Mereka menjelaskan kerajaan akan membayarnya.

“Tetapi Menteri Kewangan Lim Guan Eng pula dakwa tidak ada duit dan pelbagai lagi alasan,” ujarnya pada majlis Hijraturasul dan pelancaran munajat perdana royalti di Putik malam tadi. (Foto atas)

Program berkenaan dianjur Dewan Ulamak PAS Kelantan. Sebelum itu solat hajat diimamkan Naib Ketua Dewan Ulamak PAS negeri Dato’ Muhammad Awang, manakala doa selepas solat hajat pula disampaikan anggota Exco Ustaz Tuan Saripudin Tuan Ismail.

Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat dan pimpinan PAS peringkat kawasan.

Pada 3 November lepas Menteri Hal Ehwal dilapor berkata, kerajaan tidak membayar royalti minyak kerana disaman kerajaan Kelantan.

Bagaimanapun, pada 24 Oktober kerajaan negeri mengumumkan menarik balik saman terhadap Petronas berikutan keengganan membayar royalti. – HARAKAHDAILY 10/10/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/13545-kelantan-tidak-putus-asa-tuntut-royalti

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

KELANTAN BELUM TERIMA ROYALTI SEPERTI DIJANJI

OLEH SYAHIRAH SALLEH KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berharap Kerajaan Persekutuan akan membayar royalti petroleum kepada Kerajaan Negeri Kelantan seperti yang dijanjikan sebelum ini. Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, Kerajaan Pusat sepatutnya menunaikan janji tersebut dalam Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan esok memandangkan Kelantan […]

Subscribe US Now