Kelantan timbang ganjaran atlet Sukan SEA

webmaster

KERAJAAN Kelantan mengucapkan tahniah di atas kejayaan kontinjen negara yang berjaya meraih lebih daripada 111 pingat emas pada Kejohanan Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kejayaan tersebut merupakan satu kebanggaan kepada rakyat yang perlu dipertahankan pada temasya akan datang.

Menurutnya walaupun Kelantan hanya menghantar beberapa atlet yang hanya berjaya mendapat pingat gangsa, namun ia juga mendapat perhatian kerajaan negeri.

“Saya mengucapkan tahniah atas semangat kesukanan kepada semua atlet negara bukan sahaja yang mendapat emas tetapi semua yang terlibat dalam Sukan SEA di Kuala Lumpur.

“Kita membawa pulang pingat emas yang banyak, cuma persoalannya ialah kita kena pertahankan kejayaan ini pada sukan SEA akan datang,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco hari ini.

Ditanya mengenai galakan atau penghargaan terhadap individu terlibat, beliau berkata kerajaan negeri sedang menimbangkannya.

Bagaimanapun katanya kerajaan negeri tidak memberi galakan kepada sukan yang bercanggah dengan syariat. – HARAKAHDAILY 30/8/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kerajaan didesak tangguh laksana pindaan Akta 164

SEGALA ruang yang ada perlu digunakan untuk mendesak kerajaan daripada melaksanakan Akta 164 walaupun sudah dilulus di parlimen baru-baru ini. Pakar Perundangan, Dr Ahmad Jailani Abd Ghani berkata, pelbagai usaha perlu diambil untuk menghalang pindaan itu daripada dilaksanakan. “Gunakan kuasa eksekutif untuk menggagalkan pelaksanaan pindaan itu demi masa depan Islam khususnya […]

Subscribe US Now