Kelantan timbang serap guru al-Quran

webmaster

KOTA BHARU: Sekiranya kerajaan Pakatan Harapan tidak mengambil semula guru agama dan penggerak masyarakat bertugas semula, kerajaan Kelantan sedia menimbangkan menyerapkan mereka.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri melantik guru-guru al-Quran sejak 1990-an lagi.

“Ini kerana ilmu yang ada pada golongan itu amat besar dan penting untuk masyarakat.

“InsyaAllah kita lihat perkara itu. Dan jika ada kelayakan tidak ada salahnya untuk diambil kerajaan negeri untuk diserapkan…insyaAllah,” katanya selepas melancar teks tadarul al-Quran dan tadarus perdana peringkat negeri di Balai Islam semalam.

Baru-baru ini Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Seri Mustapa Mohamed dilapor berkata, kerajaan PH perlu simpati terhadap nasib guru al Quran dan penggerak masyarakat di mana sebahagian besar mereka bergantung rezeki kepada kerjaya itu. – HARAKAHDAILY 29/5/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Iftar Perdana JAM Kelantan erat silaturahim

MACHANG: Jabatan Amal Malaysia (JAM) Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Ramah Mesra dan Iftar Perdana yang dilangsungkan di Markaz Dewan Ulamak (MADU), di sini kelmarin. Program tersebut telah disertai pimpinan dan anggota Amal dari seluruh negeri ini yang dihadiri lebih 150 ahlinya. Majlis berbuka puasa itu turut diserikan oleh Exco […]

Subscribe US Now