Kelantan Tingkatkan Jaringan Pendidikan Ke Timur Tengah

KOTA BHARU – Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) melangkah setapak lagi dengan mengadakan MoU dengan Universiti Ez-Zitouna di Tunisia, yang sebelumnya dengan universiti di Mesir dan Jordan.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Perjanjian Kerjasama Akademik tersebut di antara Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan Pusat Pengajian Pondok Kandis dengan Universiti Ez-Zitouna diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Universiti Ez-Zitouna diwakili oleh Rektornya, Dr Hisyam Qarisah manakala KIAS diwakili Ketua Eksekutif, Prof Dr Ab Aziz Mohd Zin disaksikan Menteri Besar, manakala Pondok Kandis diwakili Pengarah YIK, YM Tengku Ab Rahman Tuan Yunus disaksikan Timbalan Menteri Besar.

Perjanjian kerjasama akademik ini membolehkan lepasan Diploma KIAS dan Pusat Pengajian Pondok, YIK menyambung pengajian mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PhD di universiti tersebut dan ijazahnya akan dikeluarkan oleh Universiti Ez-Zitouna.

Perjanjian ini juga mempertingkatkan jaringan kerjasama akademik di peringkat antarabangsa melalui penyelidikan dan penerbitan, program pertukaran pensyarah dan program pertukaran pelajar.

Program ini dijangka akan dapat dimulakan pada Jun 2019 dan pelaksanaan MoU ini merupakan salah satu usaha untuk menyemarakkan ilmu di negeri Serambi Mekah.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob dalam ucapan aluannya menyatakan program MoU ini akan memberi peluang yang seluas-luasnya kepada pelajar-pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.– UPKN KELANTAN 16/1/2019

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment