KELANTAN TUAN RUMAH HARI ALAM SEKITAR KEBANGSAAN 2020

oleh Nik Azman Nik Mustafa

KOTA BHARU – Kementerian Alam Sekitar dan Air akan mengadakan Hari Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan 2020 di Kubang Kerian, Kelantan pada Oktober ini.

Menteri Alam Sekitar dan Air, YB Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berucap pada Majlis Perjumpaan Khas Program Penyampaian Sumbangan Khas dan Kit Covid 19 Kepada PIBG dan Kelab Guru Sekolah-Sekolah Dalam Parlimen Kubang Kerian di Grandara Hall, Pendek hari ini.

Katanya, program ini sebagai satu usaha untuk membantu golongan pelajar sekolah daripada keluarga yang kurang berkemampuan untuk membeli pelitup muka.

“Program ini juga bertujuan untuk menyampaikan sumbangan khas bagi tujuan aktiviti PIBG dan kelab guru di sekolah-sekolah dalam Parlimen Kubang Kerian.

Semoga dengan sumbangan ini dapat memberi manfaat bagi menampung sebahagian aktiviti sekolah dan pusat pendidikan di bawah Parlimen Kubang Kerian,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Pada majlis tersebut, sebanyak 18,000 pelitup muka disumbangkan untuk kegunaan pelajar di 73 institusi pendidikan membabitkan Sekolah Kebangsaan, Sekolah Islam Swasta, Pusat Pengajian Pondok dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dalam Parlimen Kubang Kerian serta sumbangan wang sebanyak RM2,500 untuk PIBG dan kelab guru.

Turut hadir, Exco Kerajaan Negeri, YB Dato’ Hajjah Mumtaz Md Nawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit, ADUN Salor, YB Saiful Adli Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Dato’ Ahmad Faizal Abdul Rahman.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment