Kelantan tuan rumah sambutan antirasuah

webmaster

sprmktnKOTA BHARU: Kelantan dipilih menjadi tuan rumah sambutan antirasuah peringkat antarabangsa yang akan diadakan 10 Disember hadapan.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, Datuk Moh Samsuddin Yusof berkata, sepatutnya sambutan itu diadakan 9 Disember yang disambut seluruh dunia setiap tahun.

Bagaimanapun katanya tarikh itu jatuh pada hari Jumaat yang merupakan cuti mingguan di Kelantan.

“Ini permintaan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menyokong usaha antirasuah dengan meminta mengadakan kempen ini.

“Di Kelantan semua pihak bersetuju diadakan bagi memberi kesedaran kepada rakyat menolak perbuatan rasuah,” katanya pada majlis makan malam anjuran Yayayan Anti Rasuah Malaysia (YARM) di Kelantan Trade Center (KTC) malam tadi.

Moh Samsuddin berkata, SPRM dengan kerjasama kerajaan negeri, persekutuan dan YARM sebagai penganjur sambutan tersebut yang akan diadakan di Stadium Muhammad ke-IV.

Program makan malam itu dirasmikan Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri Datuk Che Abdullah Mat Nawi. – HARAKAHDAILY 24/11/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Anak muda Kelantan bantah kekejaman Mynmar

KOTA BHARU: Kira-kira 500 anak muda berhimpunan bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman yang dilakukan kerajaan Mynmar terhadap orang Islam. Perhimpunan aman itu diadakan selepas tazkirah mingguan pagi Jumaat di Medan Ilmu Jalan Dato’ Pati di sini dianjurkan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan. Ia dilakukan susulan tindakan zalim pemerintah berkenaan terhadap […]

Subscribe US Now