KOTA BHARU: Biarpun diheboh dakwaan harga pasir di Kelantan dikatakan naik sekali ganda, namun tohmahan itu ternyata meleset sama sekali.
Sebaliknya hari ini kerajaan negeri mengumumkan penurunkan harga pasir antara 10 hingga 15 peratus berkuat kuasa serta merta.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hanifa Ahmad berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Exco selepas mengambil kira kepentingan semua pihak.
Katanya, harga baharu yang ditetapkan iaitu pasir kasar RM10.60 setan, pasir halus (RM13 setan), pasir kotor (RM8 setan) dan batu (RM8 setan).
Sedangkan sebelum itu harga harga pasir kasar RM12 setan.
Sedangkan kata beliau harga pasir kasar di negeri lain jauh lebih tinggi termasuk Negeri Sembilan RM26 setan, Selangor (RM29 setan), Pahang (RM13 setan) dan Terengganu (RM12 setan).
Manakala pasir halus di Negeri Sembilan (RM34 setan), Selangor (RM34 setan) dan Perak (RM39 setahan.
“Penurunan itu bagi membolehkan rakyat membeli pasir pada harga yang lebih rendah berbanding sebelumnya.
“Perkara ini sudah dibincangkan bersama wakil-wakil pengusaha pasir. Jadi diharap mereka dapat mematuhi harga baru yang ditetapkan,” katanya di sini. – HARAKAHDAILY 18/1/2017