Kelantan ucap terima kasih kepada Pulau Pinang

webmaster

KERAJAAN Kelantan mengucapkan terima kasih kepada Pulau Pinang kerana mengumumkan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi membantu rakyat negeri itu yang terjejas dengan bencana tahunan itu.

Kata-kata itu diluahkan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah yang mewakili kerajaan ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Integriti di Dewan Teratai Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini.

“Saya bagi pihak kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kerana membantu kita,” katanya bagi mengulas mengenai peruntukan yang dibahagikan kepada RM50,000 kepada negeri dan RM50,000 kepada NGO di Kelantan.Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terdahulu mengumumkan peruntukan itu yang dilakukan bagi membantu rakyat Kelantan terjejas kerana banjir yang kini mencecah 11,108 mangsa daripada 3,936 keluarga.

“Kita semua akan berdoa agar cuaca tidak akan menjadi lebih buruk dan sebagai negeri yang pernah dilanda bencana baru-baru ini, saya berharap rakyat Kelantan dapat bersabar.

“Sebagai tanda simpati, kita akan menghulurkan bantuan sebanyak RM100,000 kepada kerajaan negeri dan NGO berwajib di Kelantan,” katanya pada sidang media hari ini. – HARAKAHDAILY 29/11/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PKINK kerah 80 sukarelawan bantu mangsa banjir

PERBADANAN Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menyediakan peruntukan awal sebanyak RM200,000 bagi membantu mangsa banjir di Kelantan. Selain itu menyediakan 80 sukarelawan daripada 24 anak syarikat PKINK bagi membantu mangsa-mangsa banjir. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Datuk Dr Wan Zawawi Wan Ismail berkata, pihaknya juga mewujudkan bilik gerakan bantuan bekalan banjir […]

Subscribe US Now