Keluarga minta hentikan sebar berita kematian berkaitan vaksin

webmaster

oleh Nik Azman Nik Mustafa

KOTA BHARU, 30 April: Keluarga Allahyarham Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Dr Md Yusnan Yusof meminta hentikan segera penyebaran berita kematian Allahyarham yang dikaitkan dengan kesan suntikan vaksin Covid-19.

Muhammad Baihaqi Md Yusnan, 28 merupakan anak kedua Allahyarham berkata demikian sebagai mewakili keluarga sewaktu ditemui media sebaik selesai upacara pengebumian.

Allahyarham telah kembali ke rahmatullah sekitar pukul 2.00 pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung di rumahnya.

Allahyarham Dr Md Yusnan juga merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kerajaan Negeri Kelantan.

Sebelum memenangi kerusi DUN Melor pada 2013, Allahyarham merupakan bekas pembantu Profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pernah berkhidmat sebagai Pakar Pendidikan di Education Directorate, Islamic Educational Scientific and Culture Organization (ISESCO) Rabat, Morocco.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Ustazah Romaini Mat Daud dan enam anak.

Jenazah disolatkan di Masjid Muhammadi Kota Bharu selepas solat Jumaat dengan diimamkan oleh anaknya Muhammad Baihaqi dan jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pondok Haji Hassan Ketereh.

Sumber: https://www.facebook.com/upknkelantan/posts/2958244694409878

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Hentikan spekulasi kematian Dr Yusnan dengan kesan vaksinasi

Silakan share jika bermanfaat.... Facebook 0 Twitter Print

Subscribe US Now