Kelulusan operasi kilang arak batal serta-merta

webmaster

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kabinet hari ini telah memutuskan untuk membatalkan kelulusan operasi kilang arak Heniken dan Carlsberg sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ia berikutan tular di media sosial berkaitan surat membenarkan syarikat arak berkenaan untuk beroperasi dalam tempoh PKP.

Susulan itu, Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengeluarkan arahan pembatalan tersebut serta merta.

“Hari ini dalam mesyuarat khas Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri telah membuat keputusan bahawa kelulusan yang diberikan itu terbatal atau dibatalkan.

“Pihak MITI akan keluarkan surat pembatalan serta merta. Jadi tidak timbul isu lagi tentang kilang Heniken dan Carlsberg yang beroperasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas Kabinet hari ini. – HARAKAHDAILY 6/4/2020

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2020/04/06/kelulusan-operasi-kilang-arak-batal-serta-merta-kabinet/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

MOA jamin bekalan cukup, bantu atasi lambakan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) sentiasa memantau dan memastikan bekalan makanan mencukupi di seluruh negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi memaklumkan, bagi tujuan tersebut pihak MOA telah membuka bilik gerakan khas menjamin keperluan […]

Subscribe US Now