
KOTA BHARU: Kerajaan negeri sedia menanggung kos membawa pulang dua jenazah dan seorang pelajar Kelantan yang parah dalam kemalangan jalan raya di Wilayah Mafraq, Amman, Jordan. Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata bantuan itu dibuat melalui Tabung Khairat Kematian di bawah Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN). Beliau berkata, pihaknya juga akan menghantar seorang wakil daripada Yayasan Islam Kelantan (YIK) ke Jordan hari ini bagi mengikuti perkembangan terkini dan membantu keluarga pelajar berkenaan. “Saya mewakili kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar yang terbabit dalam kemalangan itu dan pihak kami sedia menanggung kos bagi urusan membawa balik jenazah serta pelajar yang parah,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan amanat sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di Kelantan Trade Centre (KTC), di sini, sebentar tadi. Tiga pelajar wanita maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan di wilayah Mafraq, 80 kilometer di timur laut Amman, Jordan. Dua daripada tiga pelajar yang maut dan seorang yang parah adalah dari Kelantan.
–
Berita Harian
Mon Jan 25 , 2016
KOTA BHARU – Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) hari ini menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) sebagai komitmen menyokong usaha pencegahan rasuah. CIP itu ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMBK, Ahmad Zakie Ahmad Shariff dan disaksikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan […]