Kembali semula peruntukan perkapita SAR

webmaster

KOTA BHARU: Sekarang dianggap masa terbaik bagi Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mengembalikan semula peruntukan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dihentikan pada 2002.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, bantuan itu dihentikan perdana menteri sekarang ketika menerajui kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, setelah kembali semula menerajui negara selepas 17 tahun berlalu perdana menteri dicadang mengembalikan semula bantuan tersebut.

“Amat wajar sekarang di bawah Pakatan Harapan mengembalikan peruntukan itu yang ditamatkan pada 2002,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) Sekolah Menengah Agama Arab Darul Anuar Pulau Melaka (SMUDA) di Pulau Melaka semalam.

Hadir sama Pegawai Dakwah dan Latihan Yayasan Islam Kelantan (Yik), Harun Ismail dan Mudir SMUDA Ustaz Nik Hamdi Abdul Ghani. – HARAKAHDAILY 1/4/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10447-kembali-semula-peruntukan-perkapita-sar

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Komdita rancang bina Institut Dakwah Antarabangsa

TANAH MERAH: Kompleks Darul Iman dan Taqwa (Komdita) merancang membina Institut Dakwah Antarabangsa Malaysia (IDIM) bagi melahirkan ramai pendakwah di peringkat antarabangsa. Ketua Pengurusan Komdita, Zainol Anuar berkata, IDIM akan bergabung dengan ratusan gerakan dakwah seluruh dunia bagi berkongsi pengalaman serta kaedah dakwah di negara masing-masing. Katanya, kompleks itu akan dibina […]
Perasmian pecah tanah Institut Dakwah Antarabangsa.

Subscribe US Now