Kemiskinan dekat dengan kekufuran

webmaster

BANYAK pihak yang berusaha merangka kecemerlangan dasar pendidikan negara melupakan elemen rohani sebagai pemangkin kepada kejayaan tersebut.

Sedangkan rohani atau agama menjadi teras yang boleh mengimbangi kekuatan jasmani setiap manusia.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiada Melayu Kelantan (MAIK), Dr Nik Azlan Abdul Hadi berkata elemen rohani, intektual dan keupayaan penting bagi mencapai kecemerlangan.

Kata beliau sekiranya tidak lengkap elemen tersebut ia belum mampu membuah hasil yang merangsangkan.

“Masalah yang berlaku sekarang termasuk pecah amanah kerana seseorang individu itu tidak lengkap dengan elemen tersebut.

“Kalau orang berkenaan berkhidmat dalam sesebuah syarikat, dia boleh menyebabkan syarikat itu bankrap,” katanya ketika merasmikan seminar pendidikan di Balai Islam Kota Bharu hari ini.

Seminar sehari itu dianjurkan Majlis Dakwah Negara (MDN) Negeri Kelantan. Hadir sama pesuruhjayanya Datuk Abdul Halim Hamad, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Zulkarnain Awang.

Turut hadir Pengarah Pelajaran Kelantan, Jaafar Ismail, Setiausaha Majlis Dakwah Negara, Dr Abdul Razak Idris, Prof Mansor Md Nor dari UKM, Dr Abdullah Sudin dari Kolej Teknologi Darul Naim dan Setiausaha MDN Negeri Kelantan, Dr Mustapha Ahmad.

Prof Datuk Dr Mohd Amin Embi dari UKM membentang kertas kerja Pemantapan Pembelajaran Abab 21. Perserta seminar itu kalangan guru dari seluruh Kelantan.

Dr Nik Azlan juga berkata, kitaran ganas kemiskinan hanya dapat diatasi melalui kecemerlangan dalam pendidikan.

“Kita tidak mahu pekerjaan pengayuh beca menjadi tradisi kepada anak cucu kerana ia tidak mampu mengubah status kehidupan mereka.

“Setidak-tidaknya anak pengayuh beca boleh menjadi guru untuk keluar dari kitaran kemiskinan,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/5/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Realisasi Kelantan jelapang makanan

PELBAGAI usaha dilakukan kerajaan negeri bagi merealisasikan hasrat menjadikan Kelantan sebagai jelapang makanan negara. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata antara usaha itu menganjurkan ‘Karnival Bertani Satu Ibadah’ di peringkat jajahan. Katanya, program tersebut membolehkan petani, penternak, nelayan dan usahawan […]

Subscribe US Now