Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Dato’ Hanifa Ahmad menjelaskan bahawa kenaikan deposit air tidak boleh dielak kerana ia pewartaan Persekutuan yang termaktub dalam Peraturan-peraturan Industri Perkhidmatan Air (Deposit F1 dan Caj Perkhidmatan Air) 2014 yang mengarahkan setiap operator bekalan air mengkaji semula kadar deposit.
Bagi Tarif A iaitu penggunaan domestik, deposit baharu akan dikenakan mulai 1 Januari 2017. Manakala bagi Tarif B iaitu penggunaan industri dan komersial, deposit baharu dikenakan sejak 31 Julai 2016.
Bermakna, pihak Kerajaan Negeri melalui AKSB telah berusaha menangguhkan kenaikan tersebut yang sepatutnya berkuatkuasa serta merta 1 Januari 2014.
Sekiranya AKSB engkar mematuhi peraturan tersebut, lesen pengendalian perkhidmatan air boleh dibatalkan.