Kenapa bayaran balik Yakin memuaskan?

webmaster

PAS bukan hanya berjaya memerangi ekonomi riba di negeri Kelantan, bahkan menolak menjadikan pendidikan anak bangsa sebagai satu bisnes.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Kelantan bukanlah sebuah negeri kaya dan peruntukan pinjaman biasiswa pendidikan tidaklah besar mana.

Katanya, setiap tahun, tak sampai seribu orang pelajar baru menerima pinjaman pendidikan.

Tambahnya, tetapi yang menarik adalah pembayaran balik daripada mereka adalah memuaskan.

“Tahu kenapa? Ya, kerana pinjaman Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) adalah satu-satunya di Malaysia yang tidak mengenakan kadar faedah,” ujarnya menerusi laman facebook.

Tegasnya, riba adalah haram walau apa namanya sekalipun.

“Hasilnya adalah keberkatan wang pinjaman itu yang mendorong rasa tanggung jawab dan amanah,” ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.

Justeru, beliau bertanya mengapa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermasalah.

“Ya, kerana kerajaan yang memerintah memulakan PTPTN dengan riba, takut papa kedana kerana memberi pendidikan kepada rakyat,” katanya.

Menurutnya, apabila lama diperangi dan ditentang oleh para ulama dan rakyat, kerajaan mula berubah kepada cara Islam sebagai satu pilihan.

Tanpa Islam, ujar beliau jiwa menjadi miskin walau mendakwa memiliki sebuah negara kaya dan mewah.

Katanya lagi, dalam semua urusan, kerajaan mestilah berani mengisytiharkan peperangan nyata ke atas sistem riba.

PAS, jelas beliau bukan hanya berjaya memerangi ekonomi riba di negeri Kelantan, bahkan menolak menjadikan pendidikan anak bangsa sebagai satu bisnes yang pastinya mencekik rakyat teramai daripada menikmati hak pendidikan dan ilmu pengetahuan dengan lebih baik.

“Sebuah negara kaya seperti Malaysia, jika tidak korup, mampu memberikan pendidikan secara percuma kepada rakyatnya,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 25/5/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sampah meningkat lima kali ganda

KOTA BHARU – Setiap kali tiba bulan Ramadan, sepatutnya sampah sarap dan sisa buangan berkurangan. Bagaimanapun senario itu tidak berlaku, sebaliknya, sampah sarap dan hasil buangan meningkat lima kali ganda berbanding hari biasa. Menegaskan perkara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, di […]

Subscribe US Now