KENAPA GUAN ENG SANGAT BENCIKAN KELANTAN DAN SARAWAK?

webmaster

DAP terus menunjukkan sikap tajam dan perasaan bencinya kepada Kerajaan Kelantan dalam kenyataan media yang disiarkan melalui laman rasmi parti berkenaan sejak kelmarin. Bukan sahaja Kelantan, tetapi Sarawak turut menjadi bahan kutukan Setiausaha Agung DAP ini.

Entah apa masalahnya Guan Eng apabila meneruskan serangan dan mempamerkan perasaan tidak puas hati terhadap negeri Kelantan. Antara kecaman dangkalnya berbunyi, “A new Federal government led by PAS and UMNO may lead to more corruption and incompetent economic management until salaries of civil servants can not be paid”.

Tidak sedarkah Guan Eng semenjak PAS mentadbir negeri Kelantan bermula tahun 1990 sehingga kini, kerajaan negeri berjaya mengekalkan rekod sifar rasuah? Bahkan atas komitmen berterusan, di peringkat Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan,negeri ini telah berusaha melaksanakan MS ISO370001206 iaitu sistem pengurusan anti rasuah, dan sistem ini dipanjangkan pula kepada semua jabatan dan agensi kerajaan negeri sesuai dengan ketetapan Pelan Anti-Rasuah Nasional (NACP) 2019-2029.

Jadinya apa maksud Guan Eng dengan mengatakan “may lead to more corruption” sedangkan satu kes pun tiada sejak 29 tahun lampau? Bagaimana pula “more” itu boleh wujud? Kelantan tidak pernah ada kes dan Peguam Negara juga tidak pernah menggugurkan apa apa kes pertuduhan rasuah di Kelantan, jauh berbeza seperti yang membabitkan Menteri Kewangan sebelum ini. Ada kes, tapi digugurkan.

Keduanya, Guan Eng berterusan mengecam Kelantan secara khusus dengan mengatakan, “Poor economic management is also unimportant until the PAS government of Kelantan is not embarrassed that it cannot pay the salaries of its employees and have to borrow from the Federal government (the latest RM100 million only this month) to do so”. Kelantan dituduh tidak pandai menguruskan ekonomi? Ini satu lagi tuduhan semberono dan bodoh daripada Guan Eng tanpa melihat kepada fakta dan data sebenar.

Memang sejak dahulu Guan Eng selalu menuduh Kelantan tidak pandai mentadbir. Antaranya pada 8 Februari 2017 Guan Eng pernah menyatakan bahawa “Kelantan adalah sebuah negeri gagal dan muflis, berikutan ditadbir oleh PAS, sebuah parti yang gagal”. Pada saat itu, kadar pertumbuhan ekonomi di Kelantan ialah 4.8% berbanding nasional yang hanya mencatat nilai 4.2% namun Guan Eng tetap buta dan terus menyindir Kelantan.

Kelantan yang dituduh Guan Eng tidak kompeten dalam menguruskan ekonomi ini, sebenarnya sejak tiga tahun lalu berada pada kedudukan ke-3 tertinggi di Malaysia dari sudut pemilikan kediaman iaitu sebanyak 83.9%. Ini menggambarkan kemakmuran hidup rakyatnya serta keadilan dalam pembangunan ekonomi domestik. Berbeza dengan Pulau Pinang di bawah DAP yang mana sumber dari Khazanah Research Institute pada tahun 2016 menunjukkan Pulau Pinang sebagai negeri ketiga tertinggi dari sudut ketidakmampuan rakyat untuk membeli rumah!

Kelantan tidak mampu bayar gaji penjawat awam negeri? Tidak mampu, bermakna Kelantan tidak cukup duit untuk mengurus dan mentadbir negeri? Betulkah? Kenapa pula sejak dua tahun berturut turut, belanjawan negeri ini mencatatkan belanjawan “surplus”? Mari kita ingatkan Guan Eng bahawa Kelantan mencatatkan belanjawan lebihan (surplus) untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada 2017 (lebihan RM38.2 juta) dan pada 2018 (lebihan RM40.4 juta). Kalau tidak cukup belanja untuk bayar gaji, kenapa pula belanjawan negeri boleh ada wang lebih? Dan berkaitan dakwaan Guan Eng menyalurkan pinjaman 100 juta untuk Kelantan, ia adalah bayaran pendahuluan premium tanah yang sewajibnya dibayar oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri. Jangan memberikan maklumat salah kepada rakyat atas isu ini!

Antara perkara karut dan tahyul lain yang disebut Guan Eng dalam kenyataan medianya kelmarin adalah;

“a new back-door government led by PAS and UMNO may lead to:-

– Non-Malays or non-Muslims do not deserve to hold Ministerial positions in Cabinet;

– Vernacular schools teaching mother-tongue languages should be closed down;

– Non-Muslims expecially Christians, cannot gather for their religous prayers;

– Boycotting non-Muslim products and businesses; and

– Labelling non-Muslim and non-Malays who oppose them as pigs, terrorists and communists.

Ini semua adalah senarai imaginasi jahat dan pemikiran singkat yang direkayasa oleh Guan Eng. Cubalah buktikan berapa buah sekolah vernakular yang telah ditutup di Kelantan sejak hampir 30 tahun PAS memerintah Kelantan? Berapa buah pula gereja atau kuil atau rumah ibadat orang bukan Islam yang ditutup di negeri kami? Berapa ramai yang telah dihalang untuk berkumpul dan beribadat? Banyak mana pula kedai kedai orang bukan Islam yang telah ditutup dan ditarik lesen perniagaanya di Kota Bharu atau mana mana jajahan lain?

Dan menuduh Kelantan tidak meraikan pimpinan kaum selain daripada Melayu juga amat dangkal. Lupakah Guan Eng bahawa Kelantan pernah melantik Dato’ Anuar Tan sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri? Dan sehingga kini juga puluhan orang penghulu tanpa mukim dan penghulu kaum daripada orang Cina, India, Siam dan Orang Asli dilantik di negeri kami bagi mewakili komuniti masing masing. Mereka juga diberikan posisi sebagai ahli majlis dan pengarah dalam pelbagai agensi agensi lain di sini. Amat benar tuduhan Guan Eng terlalu jahat dan bersandarkan kebencian semata mata.

Hebatnya kami di Kelantan kerana mampu mentadbir dengan serba kekurangan sejak dahulu. Hasil tanah, cukai dan sumber asli negeri ini cukup untuk semua rakyat mengecapinya bersama sama. Pengharapan dan tawakkal hanya kepada Allah SWT. Biarpun dituduh tidak pandai memerintah dan lemah mengurus negeri, paling tidak kami tidak pernah menangis menghubungi Timbalan Perdana Menteri hanya kerana takut kepada air banjir. Atau Guan Eng sudah lupa kejadian 3.30 pagi pada 5 November 2017 dahulu?

NAZMAN CHE IBERAHIM
30/10/2019

Sumber: https://www.facebook.com/nazman.cheiberahim.9/posts/1448588558631616

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

MPKB-BRI, JKR JUARAI ANUGERAH INOVASI NEGERI KELANTAN 2019

  oleh Norzana Razaly KOTA DARULNAIM – Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa gigih membudayakan elemen inovasi dan kreativiti dalam organisasi bagi memastikan perkhidmatan cemerlang yang menjadi piagam pelanggan mencapai sasaran. Demi membuktikan kesungguhan, Bahagian Pengurusan Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan menganjurkan Anugerah Inovasi Sektor Awam Negeri Kelantan (AISAK) 2019 sebagai […]

Subscribe US Now