KENAPA POTONG TIGA STESEN ECRL?

webmaster

Oleh: Nazihah Khan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff meluahkan rasa terkilan apabila pihak Kementerian memutuskan untuk memotong sekurang-kurangnya tiga stesen jajaran baru East Coast Rail Link (ECRL).

Beliau berkata demikian ketika mencelah sesi pertanyaan bagi jawab lisan Menteri Pengangkutan di Dewan Rakyat pagi ini.

“Jika kita lihat sebagaimana di kawasan saya sendiri terdapat tapak industri halal sehingga hari ini tidak dapat beroperasi kerana tidak mempunyai kemudahan infrastruktur.

“Ia termasuk kemudahan yang disebut oleh Menteri Pengangkutan tetapi mengapa apabila pembinaan ECRL dilakukan, jajaran ini dipotong?” soal beliau lagi.

Beliau menegaskan bahawa sekali lagi rakyat menyaksikan Pusat menganaktirikan Kerajaan Negeri Kelantan, selain turut meminta penjelasan berkaitan 40 peratus skop penglibatan kontraktor tempatan dalam projek ECRL.

Beliau turut mempersoalkan mengapa 40 peratus penglibatan tidak boleh dinaikkan sehingga 50 peratus di mana ini akan menaikkan lagi prestasi ekonomi melibatkan rakyat tempatan.

Menjawab persoalan tersebut, Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook bagaimanapun mempersoalkan mengapa tidak bertanyakan isu ini kepada kerajaan terdahulu.

“Hal ini kerana jika dulu hanya 30 peratus penglibatan kontraktor tempatan dalam projek laluan ECRL. Rundingan yang dilakukan sekarang adalah untuk menaikkan daripada 30 peratus kepada 40 peratus,” tambah beliau. – HARAKAHDAILY 10/7/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/11865-kenapa-potong-tiga-stesen-ecrl

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

APA STATUS KAJIAN DAFTAR PENGUNDI AUTOMATIK

Oleh: Muhamed Noraziha Abdullah KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato’ Takiyuddin Hassan meminta kerajaan menyatakan status kajian Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya Malaysia (ERC) terhadap cadangan pelaksanaan pendaftaran pengundi secara automatik. Beliau bangkit menyatakan perkara tersebut ketika sesi partanyaan jawab lisan dalam Dewan Rakyat hari ini. Dalam […]

Subscribe US Now