Kenyataan Akhbar LATAS : Isu Bauksit

webmaster

KENYATAAN AKHBAR
LAJNAH ASAS TANI & ALAM SEKITAR PAS PUSAT (LATAS)

Pengumuman Kabinet melalui Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk menghentikan operasi perlombongan Bauksit buat sementara waktu selama 3 bulan bermula 15hb Januari ini merupakan satu kejayaan buat seluruh Rakyat di Negara ini.

Sanusi Md NorSaya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh aktivis, NGO/NGI anti-bauksit khususnya NGO GERAM yang telah berhempas-pulas siang dan malam tanpa mengenal erti penat dan lelah demi keselamatan dan kesihatan Rakyat.

Walaupun pengumuman seperti ini agak lewat serta menggambarkan sikap pentadbiran Kerajaan UMNO/BN yang reaktif, PAS berharap tempoh 3 bulan yang ada dapat digunakan semaksima yang mungkin oleh semua pihak yang terlibat dengan aktiviti perlombongan serta pengangkutan bauksit untuk memperbaiki proses operasi agar sifar pencemaran serta mengambil tindakan drastik membersihkan segala pencemaran yang telah berlaku.

Mereka juga perlu menyerahkan plan perlindungan atau plan pencegahan pencemaran kepada agensi serta kementerian yang berkaitan, termasuk juga kepada pihak awam untuk dinilai sebelum kelulusan serta lesen dikeluarkan.

PAS juga ingin mendesak agar segala peraturan atau peruntukan undang-undang dipinda di peringkat Persekutuan dan Negeri untuk memastikan kelemahan yang sama tidak berulang lagi selepas ini.

Pengakuan SPRM bahawa terdapat pihak berkuasa negeri yang terlepas pandang banyak bidang utama yang melibatkan aktiviti perlombongan, tiada kriteria tertentu kepada pemohon lesen perlombongan, tiada keperluan penerima lesen untuk menyediakan laporan teknikal serta ketiadaan tender terbuka merupakan bukti jelas kegagalan sistem kawalan kerajaan yang sedia ada.

Kegagalan semua pihak yang berkaitan untuk mengambil langkah-langkah yang dicadangkan di atas, PAS ingin mengambil pendirian agar operasi perlombongan serta pengangkutan bauksit dibekukan terus walaupun sudah melepasi tempoh 3 bulan yang telah diperuntukkan.

Malah PAS ingin mencadangkan tempoh penangguhan yang lebih panjang sehingga 3 tahun agar sungai dan laut yang sudah dicemari bauksit khususnya dapat dipulihkan.

Selagi perubahan sikap tidak berlaku khususnya kepada mereka yang memimpin Negara, perubahan sikap juga tidak akan berlaku kepada mereka yang berada di bawah. Selagi itu, Negara akan dihantui dengan masalah pencemaran alam sekitar. Jika pemimpin di atas memiliki sikap proaktif, berintegriti tinggi, tidak terlibat dengan Rasuah serta sentiasa meletakkan keselamatan dan kesihatan Rakyat lebih tinggi dari kepentingan ekonomi khususnya, insyaAllah tragedi seperti ini tidak akan berlaku dan berulang lagi di Negara ini.

PAS ingin menyeru semua peringkat kepimpinan Negara malah diperingkat Negeri agar menjadikan Islam sepenuhnya sebagai panduan hidup. Contohilah sifat siddiq, amanah, tabligh dan fathonah junjungan Baginda S.A.W dalam urusan harian pentadbiran Negara, insyaAllah Negara akan dilimpahkan rahmat serta diletakkan di bawah lindungannya.

“HIJAUKAN BUMI MALAYSIA”

“BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN”

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
AJK PAS PUSAT/ PENGERUSI ASAS TANI & ALAM SEKITAR
PAS PUSAT
07 JANUARI 2016 / 26 RABIUL AWWAL 1437H

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan setuju asing pintu lelaki, wanita masuk stadium

Ketika syarat stadium merah jambu masih hangat dibincangkan, kerajaan Kelantan semalam bersetuju dengan cadangan untuk mengasingkan pintu masuk Stadium Sultan Muhammad ke IV untuk lelaki dan wanita. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata cadangan itu selari dengan dasar kerajaan sebelum ini. “Begitu juga […]

Subscribe US Now