Kenyataan media berhubung kejadian kereta tenggelam di dalam lubang akibat paip pecah di Bachok.
Pada Jumaat 15 Julai lepas, berlaku paip utama pecah di Bachok iaitu paip air dari Tangki Bachok jenis asbestos cement (AC) bersaiz 10 inci atau 250 mm.
Kejadian dianggarkan berlaku antara sekitar jam 3:30 pagi – 4:00 pagi.
Menurut saksi, yang menetap di kuarters Pejabat Tanah Bachok, iaitu kira-kira terletak 6 meter bersebelahan lokasi kejadian mendengar sesuatu seperti patah dan bunyi air pada masa tersebut. Beliau keluar dari rumah dan meletakkan kerusi bagi menghalang kenderaan dari memasuki jalan yang mana paip ini pecah.
Sekitar jam 6:00 pagi, apabila bunyi kenderaan lalu, beliau keluar rumah dan melihat sebuah kereta mengelak kerusi yang diletakkan dan memasuki jalan ini.
Saksi sempat menghalang kenderaan dengan melambai tangan kepada pemandu wanita tetapi dengan keadaan gelap pemandu tidak dapat melihat atau perasan. Tiba-tiba kereta tersebut telah jatuh ke dalam lubang ditempat paip pecah ini.
Air ditutup sekitar jam 7:30 pagi dan AKSB membantu mengeluarkan kereta kancil ini pada jam 9:00 pagi dengan menggunakan jentolak dan staf AKSB.
Pembaikian dibuat segera dan siap baiki pada pukul 1:00 Tengahari.
Sebaik sahaja paip ini siap dan air dibuka, Paip AC 8″ pula didepan KFC pecah susulan dari p elepasan air
Punca utama ialah paip AC ini tidak dapat menahan tekanan air dari tangki yang jaraknya hanya 100 meter dari Tangki Menara.
Aliran paip ini telah dibesarkan sedikit alirannya untuk bekalan air ke kawasan hujung seperti Kg.Tanjung,Kg Takang,Peng.Datu,Chicha Menyabung dan sekitarnya.
.
Untuk jangka masa panjang, paip ini perlu dinaiktaraf kepada jenis plastik samada PVC bersaiz 300 mm sepanjang 3 kilometer yang memerlukan belanja hampir RM1.2 juta.
Dato’ Hj Hanifa Bin Ahmad
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti Dan Teknologi Maklumat
11 Syawal 1437 Hijrah / 17 Julai 2016