Kenyataan Media PAS Pusat : Kedudukan Rezab Tabung Haji

webmaster

KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT
KEDUDUKAN REZAB TABUNG HAJI

1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengikuti dengan penuh prihatin Surat Teguran Bank Negara Malaysia (BNM) kepada Tabung Haji (TH) khususnya terhadap nilai aset TH yang dikatakan lebih rendah dari liabiliti.

2. PAS berpandangan langkah BNM itu adalah wajar atas kapasitinya sebagai Pengawal Utama Sektor Kewangan negara, khususnya dalam suasana ekonomi dunia yang lembap dan mencabar yang mana Malaysia tidak terkecuali dari menerima akibatnya. Namun sesuatu teguran mahupun nasihat yang dikeluarkan oleh BNM kepada institusi seumpama TH tidak seharusnya sehingga menimbulkan suasana panik dan menjejaskan keyakinan yang tidak sepatutnya dari para Pendeposit terhadap TH.

3. PAS amat yakin dengan kemantapan sistem Tadbir Urus yang baik yang diamalkan oleh TH selama ini, yang bukan sahaja selaras dengan Pematuhan Syariah, tetapi juga mementingkan manfaat dan menjana pulangan pendapatan yang baik kepada para pendepositnya. TH bukanlah sebuah bank dan diyakini tidak beroperasi sebagai Institusi Kewangan yang lebih berorientasikan keuntungan maksima berbanding dengan pulangan kepada pendeposit.

4. Sehubungan dengan itu, PAS berpuashati dengan penjelasan oleh YB. Menteri yang menjaga Tabung Haji (yang saya temui sendiri di Parlimen pada 27/1/2016) serta Pengurusan Tertinggi TH yang mengesahkan Prestasi Kewangan TH berada dalam keadaan baik terutama apabila mengambil kira Nilai Aset keseluruhan potfolio pelaburan TH. Apa yang lebih penting lagi adalah jaminan bahawa Bonus Pendeposit bagi tahun 2015 akan diumumkan dan dibayar dalam waktu terdekat.

5. PAS mengharapkan TH akan terus komited dan melaksanakan amanah para Pendeposit terutama memastikan hasrat mereka untuk menunaikan fardhu Haji tidak terhalang dengan apa jua kemungkinan.

Terima kasih.
DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN,
Setiausaha Agung

Bertarikh: 28 Januari, 2016.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PRN Sarawak: PAS bertanding di 11 kerusi Dun

KUCHING: PAS akan meletakkan calon di 11 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan bersedia menentang mana-mana calon termasuk daripada DAP, kata pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali. Beliau berkata sembilan daripada kerusi itu merupakan kawasan lama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, manakala baki dua lagi kerusi merupakan […]

Subscribe US Now