Kenyataan Media Persidangan Akhir Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan Penggal Ke-13

1. Alhamdulillah, sempena dengan persidangan terakhir Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan Penggal ke-13, sukacitanya saya ingin
memaklumkan bahawa sepanjang tempoh lima tahun pentadbiran ini, tidak ada sebarang kelulusan baru Projek Ladang Hutan seperti TLC, Multi Spesies, Ladang Batai, Mozak dan sebagainya serta tidak ada kelulusan pengecaman dalam Hutan Simpan.

2. Segala aktiviti pembalakan yang sedang berjalan kini adalah kelulusan yang telah dibuat pada penggal yang lepas. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pihak BBC, YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri dan seluruh jabatan serta Pegawai Kerajaan yang telah memberikan kerjasama kepada saya sepanjang tempoh ini. Terima kasih juga kepada rakyat Kelantan yang telah memberikan mandat dan kepercayaan kepada Kerajaan Negeri.

USTAZ DATO’ HAJI AHMAD BIN YAKOB
Menteri Besar Kelantan

09 Syaaban 1439H/25 April 2018M

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
41Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment