Kenyataan Media Sekretariat Kempen Kelantanku Bersih

Makluman kepada semua khususnya rakyat Kelantan serta mana-mana pengunjung ke negeri Kelantan.
.
Beberapa hari yang lalu aktivis-aktivis Kempen Kelantanku Bersih telah dijemput oleh Yb Dr Haji Izani Husin (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan & Kesihatan) untuk memberi pandangan berkenaan dengan isu kebersihan di negeri Kelantan.
.
Secara umumnya pihak kerajaan negeri telah bersetuju untuk sama-sama menjayakan kempen ini. Pelancaran secara rasmi oleh Kerajaan Negeri Kelantan akan dilakukan dalam masa terdekat.
.
Semua rakyat Kelantan khususnya tanpa mengira umur, bangsa, agama serta fahaman politik, dijemput sama untuk menjayakan program tersebut.
.
Untuk menyambut kepulangan anak-anak Kelantan di perantauan, Sekretariat Kempen Kelantanku Bersih telah menyusun beberapa aktiviti antaranya flashmob yang akan diadakan di laluan masuk ke negeri Kelantan seperti di Gua Musang, Pasir Putih & Jeli. Kempen kebersihan akan di jalankan di bazar-bazar Ramadhan khususnya di Bandar Kota Bharu. Selain itu, program gotong royong pembersihan akan dilakukan di pantai-pantai tumpuan pelancong khususnya Pantai Irama, Pantai PCB & Pantai Tujuh.
.
Maklumat terperinci berkenaan dengan program-program tersebut akan dimaklumkan di dalam facebook rasmi kempen dalam masa terdekat. Kepada gu kito semua, jom bersama dalam usaha menjadikan Kelantan sebuah negeri contoh.

“Kelantan – Clean & Green”

Dr. Al-Aarifin Ismail
Ketua Aktivis,
Kempen Kelantanku Bersih.

#KempenKelantankuBersih
#CleanGreen
#JangeTohokKokse
#JjupoSapohKutip
#KelantanNegeriContoh

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
160Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment