Kenyataan Media Sekretariat Kempen Kelantanku Bersih

webmaster

Makluman kepada semua khususnya rakyat Kelantan serta mana-mana pengunjung ke negeri Kelantan.
.
Beberapa hari yang lalu aktivis-aktivis Kempen Kelantanku Bersih telah dijemput oleh Yb Dr Haji Izani Husin (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan & Kesihatan) untuk memberi pandangan berkenaan dengan isu kebersihan di negeri Kelantan.
.
Secara umumnya pihak kerajaan negeri telah bersetuju untuk sama-sama menjayakan kempen ini. Pelancaran secara rasmi oleh Kerajaan Negeri Kelantan akan dilakukan dalam masa terdekat.
.
Semua rakyat Kelantan khususnya tanpa mengira umur, bangsa, agama serta fahaman politik, dijemput sama untuk menjayakan program tersebut.
.
Untuk menyambut kepulangan anak-anak Kelantan di perantauan, Sekretariat Kempen Kelantanku Bersih telah menyusun beberapa aktiviti antaranya flashmob yang akan diadakan di laluan masuk ke negeri Kelantan seperti di Gua Musang, Pasir Putih & Jeli. Kempen kebersihan akan di jalankan di bazar-bazar Ramadhan khususnya di Bandar Kota Bharu. Selain itu, program gotong royong pembersihan akan dilakukan di pantai-pantai tumpuan pelancong khususnya Pantai Irama, Pantai PCB & Pantai Tujuh.
.
Maklumat terperinci berkenaan dengan program-program tersebut akan dimaklumkan di dalam facebook rasmi kempen dalam masa terdekat. Kepada gu kito semua, jom bersama dalam usaha menjadikan Kelantan sebuah negeri contoh.

“Kelantan – Clean & Green”

Dr. Al-Aarifin Ismail
Ketua Aktivis,
Kempen Kelantanku Bersih.

#KempenKelantankuBersih
#CleanGreen
#JangeTohokKokse
#JjupoSapohKutip
#KelantanNegeriContoh

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tabung Harapan Negara vs Tabung Serambi Mekah

Telah lama kita di candukan dengan perlambangan bahawa hanya kerajaan BN yang mampu memberi rezeki kepada rakyat. Canduan ini melekat di benak rakyat sehingga kita hampir terlupa tentang satu frasa yang sangat penting pernah diungkapkan oleh Abraham Lincoln “Jangan persoal sumbangan yang negara berikan kepada kamu, tapi apa sumbangan kamu […]

Subscribe US Now