KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR KELANTAN

webmaster

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR KELANTAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Musibah banjir adalah ujian Allah kepada kita semua bagi menguji keimanan dan kesabaran hamba-Nya. Semua pihak perlulah memastikan keselamatan keluarga masing-masing khasnya anak-anak kecil supaya tidak leka bermain air termasuklah memaklumkan dalam kadar segera kepada pihak keselamatan jika berlaku apa jua kemalangan yang tidak diingini.

Dalam situasi hujan yang masih tidak menentu dan air didapati naik dengan cepat dibeberapa lokasi, saya berharap kepada mereka yang tinggal dikawasan rendah hendaklah membuat persiapan berpindah seberapa segera sebelum menjelang waktu malam.

Hal ini bagi memudahkan pihak yang berwajib mengendalikan urusan di pusat pemindahan selain keselamatan nyawa mestilah diutamakan. Seluruh rakyat juga boleh merujuk kepada info semasa banjir Kerajaan Negeri bagi membuat persediaan sewajarnya. Info tersebut boleh dilihat pada laman berikut:

http://ebanjir.kelantan.gov.my/p_pmrpt04.php

Publicinfobanjir.water.gov.my

Semua Jabatan Negeri dan Persekutuan hendaklah berada dalam keadaan siap sedia dan turun membantu mangsa-mangsa banjir disemua lokasi pemindahan. Saya turut menyeru semua pihak kepimpinan dan rakyat khususnya pihak yang berwajib agar menganjurkan solat hajat dan bermunajat di seluruh masjid dan surau di seluruh Kelantan bagi memohon kepada Allah agar dilindungi rakyat negeri ini daripada segala musibah banjir yang tidak mampu dihadapi oleh kudrat manusiawi.

Semoga situasi banjir di negeri ini tidak berpanjangan dan mereka yang berada di pusat pemindahan dapat pulang ke rumah masing-masing dengan selamat.

YAB USTAZ DATO’ BENTARA KANAN
Menteri Besar Kelantan

Bertarikh: 09 Rabiul Awal 1439 / 28 November 2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Penghulu, muslimat bantu mangsa banjir

DUN Limbongan menyediakan petugas terdiri daripada penghulu, muslimat dan Amilat di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Kamil 1. Adunnya, Ustaz Mohd Nazlan Muhd Hasbulah, memberitahu, sukarelawan dari Dun Limbongan membantu anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) menyediakan makanan di pusat pemindahan tersebut. “Sukarelawan Dun bertugas secara bergiliran tiga shift bagi membantu […]

Subscribe US Now