Kerajaan BN tidak bercadang henti GST ketika ini

tgh1KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan II Datuk Abdul Ghani Johari menegaskan kerajaan tidak bercadang untuk menghentikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) buat masa ini.

Abdul Ghani juga menjelaskan langkah kerajaan mengenakan GST yang lebih cekap berbanding SST, khusus kepada mereka yang melarikan diri daripada dikenakan cukai.

Abdul Ghani berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika sesi soal jawab di Parlimen hari ini.Kesan daripada GST itu kepada barangan asas seperti gula, tepung, beras dan minyak masak terus mendapat sungutan daripada pengguna.

“Selain itu banyak rungutan khususnya membabitkan tiket kapal terbang akhirnya membebankan pelajar di luar negara serta yang hendak ke luar negara.

“Sejauh mana langkah-langkah kerajaan serta penilaian keberkesanan daripada langkah-langkah yang diperkenalkan kerajaan setakat ini, atau sama ada kerajaan berfikir untuk mengadakan alternatif yang lain sekiranya ada menggantikan GST,” soal beliau.

Dalam soalan asal, Tuan Guru Abdul Hadi meminta Menteri Kewangan, menyatakan sejauh mana hasrat Kerajaan untuk membatalkan cukai GSTyang dikenakan kepada rakyat tidak mengira kaya atau miskin dan mengambil mekanisme lain yang lebih adil, saksama dan tidak membebankan rakyat. – HARAKAHDAILY 18/10/2016

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment