Kerajaan Kelantan beri bantuan khas raya RM500

13411880_506865199503602_9080970374118754936_oKOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan pemberian bonus hari raya RM500 kepada penjawat awam di negeri ini sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri Julai nanti.

Menurutnya, pembayaran bonus hari raya itu juga akan melibatkan semua penghulu di bawah kerajaan dengan agihan RM250 seorang sebagai menghargai jasa dan perkhidmatan mereka.

“Sebagaimana dilakukan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri juga akan memberikan bonus hari raya kepada penjawat awam di negeri ini, kalau mereka beri RM500, kita juga akan berikan jumlah yang sama.

“Insya ALLAH setakat ini, kita masih boleh maintain,” katanya kepada media ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama Orang Kurang Upaya (OKU) di Balai Islam, di sini, semalam.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment