Kerajaan Kelantan nafi viral kenaikan harga pasir

KOTA BHARU: Kelantan menafikan harga pasir yang diusahakan 77 pengusaha di Kelantan dinaikan sekali ganda.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hanifa Ahmad berkata perkara tersebut tersebar menerusi laman sosial yang mendakwa dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 atau RM250.

Beliau menjelaskan kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan keputusan untuk menaikkan kadar tersebut, bahkan terus kekal pada harga RM1.80 bagi satu tan.

“Kerajaan negeri difitnah dengan tuduhan yang tidak ada asasnya sama sekali dan tidak benar kerana kita menaikan harga pasir sebanyak sekali ganda.

“Ini adalah kenyataan awal kita, seterusnya akan dibuat selepas mesyuarat Exco pada Rabu depan,” katanya dalam sidang media di sini tadi.

Tambah beliau, kerajaan negeri akan memanggil syarikat terbabit untuk memberi penjelasan dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang menyebar fitnah.

Menurutnya, usaha berkenaan dilakukan bagi mengelakkan rakyat terus terjebak dengan kenaikan harga barangan keperluan lain kebelakangan ini.

Beliau juga berkata kadar royalti harga pasir tidak dinaikan sewenang-wenangnya bahkan kerajaan tidak teragak-agak menghapuskan tender sekiranya tidak ditepati.

“Kalau pengusaha tidak boleh terima syarat kerajaan, kita akan hentikan tender itu, ini adalah syarat yang ditetapkan,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Pasir itu berkata, kerajaan negeri sedang berusaha mengurangkan penyelewengan dalam operasi pengeluaran pasir.

“Kita harapkan ketirisan di kalangan pengusaha pasir tidak berlaku, tidak bayar royalti, kerja hari Jumaat dan membuat kerja pada Khamis petang.

“Ketirisan ini kita kawal agar ia tidak berlaku, kalau berlaku sekali pun sebanyak sebanyak 30 peratus sahaja tetapi jangan melebihi 70 peratus,” katanya.

Kerajaan negeri berharap pendapatan sepatutnya daripada hasil berkenaan meningkat berbanding RM600,000 tahun lalu.

Sebanyak enam syarikat mengambil tender untuk dipilih sebagai syarikat konsesi pengusaha pasir di Kota Bharu, Pasir Mas, Machang dan Kuala Krai. – HARAKAHDAILY

(Visited 3 times, 1 visits today)

Add Comment