KERAJAAN KELANTAN SERIUS LAKSANA SUKAN PATUH SYARIAH

webmaster

OLEH YB HAJI WAN ROSLAN BIN WAN HAMAT

SEBAGAIMANA yang disebutkan sebelum ini, Kerajaan Negeri serius dalam pelaksanaan acara sukan yang patuh syariah dalam setiap pertandingan yang disertai.

Kerajaan Negeri tidak pernah membuka gelanggang pertarungan kepada petinju wanita untuk pertunjukan dan aktiviti yang berasaskan keuntungan dalam sukan muay sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Boksing Negeri Kelantan di dalam portal Malaysiakini di https://m.malaysiakini.com/sukan/489026 dan Bernama di http://bernama.com/bm/news.php?id=1759541 sejak semalam.

Kenyataan yang dibuat oleh beliau mungkin berlandaskan penyertaan Kelantan dalam SUKMA 2018 dan Karnival Sukan Kelantan 2019. Oleh yang demikian, adalah tidak adil menyatakan keputusan berkenaan berdasarkan perkara tersebut.

Kendatipun begitu, segala perlawanan dan pertunjukan yang dilaksanakan adalah tertakhluk kepada undang-undang dan peraturan sedia ada.

Sekian.

YB Haji Wan Roslan bin Wan Hamat
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan- FB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat 26/8/2019

Sumber: https://www.facebook.com/ustazwanlan/posts/2427002817416560

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PEMBANGUNAN KELANTAN PERLU DILESTARI RMK12

OLEH SALMAH MAT HUSAIN | FOTO RIZAL TAHIR KOTA BHARU: Perancangan pembangunan Kelantan oleh kerajaan Persekutuan perlu dilestarikan pada Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) kata Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohd Rizam Tengku Abdul Aziz. Beliau berkata, inklusiviti diperlihatkan daripada aspek perancangan dan pelaksanaan pembangunan yang saksama di Kelantan. Katanya […]

Subscribe US Now