KERAJAAN LANJUTKAN PELAKSANAAN GAJI MINIMUM

KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa prihatin dengan nasib usahawan mikro yang masih belum pulih sepenuhnya perniagaan mereka ekoran dari pandemik COVID-19 yang lalu.

Rentetan itu, pelaksanaan Gaji Minimum 2022 bagi majikan yang menggajikan kurang lima orang pekerja daripada 1 Januari 2023 kepada 1 Julai 2023 di seluruh negara telah dilanjutkan.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Krai YB Abdul Latiff Abdul Rahman dalam soalan bertulisnya kepada Menteri Sumber Manusia untuk menyatakan apakah kesediaan kerajaan dengan pelaksanaan dasar gaji minimum serta apakah tindakan kepada syarikat-syarikat yang tidak mampu melaksanakannya.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) berkata, mereka telah mengambil kira memorandum daripada pelbagai pihak terlibat dan turut menyatakan mereka terpaksa menanggung kos tambahan akibat daripada pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2022 sebanyak RM1500.

Hasil daripada itu, satu keputusan kerajaan telah diambil untuk melanjutkan tambahan selama enam bulan, dengan harapan agar majikan perniagaan mikro dapat menyelaras serta mengimbangi keperluan kewangan pada masa yang sama dapat membantu memulihkan kedudukan ekonomi syarikat.

Sumber

(Visited 14 times, 3 visits today)

Add Comment