Kerajaan Negeri Akan Sumbang Bantuan Kepada Mangsa Tragedi

webmaster

oleh Nik Azman Nik Mustafa

BACHOK – Menteri Besar, YAB Dato’ Bentara Kanan Ahmad bin Yakob melahirkan rasa dukacita dengan tragedi bot karam dipukul ribut membabitkan 20 orang pemancing di Perairan Kemasin malam tadi.

Ketika ditemui media di Jeti Kuala Kemasin sewaktu meninjau operasi mencari dan menyelamat beliau berkata, Kerajaan Negeri melalui Tabung Serambi Mekah akan menyumbang bantuan kepada mangsa-mangsa tragedi.

Beliau turut mengingatkan kepada pemancing-pemancing yang bercadang untuk turun ke laut supaya selalu mengikuti perkembangan ramalan cuaca untuk mengelak daripada tragedi yang sama.

Ahli Parlimen Bachok, YB Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz ketika ditemui di tempat yang sama berkata, beliau turut melahirkan rasa dukacita dan meminta supaya Allah SWT menganugerahkan kesabaran dan ketenangan kepada ahli-ahli keluarga yang terbabit serta mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih kepada pihak-pihak yang terbabit dalam operasi ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi dan akan memberi sumbangan sebanyak RM 1,000 bantuan kecemasan kepada keluarga mangsa yang meninggal memandangkan sebilangan besar mangsa adalah penduduk dalam parlimennya.

Dalam tragedi tersebut 12 orang berjaya diselamatkan manakala empat orang mati lemas dan empat orang lagi masih hilang.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, operasi ini membabitkan dua pegawai dan 13 anggota Maritim Malaysia, empat anggota Jabatan Perikanan Malaysia dan dua pegawai serta 21 anggota dari Polis Marin.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Dato’ Hajjah Mumtaz Md. Nawi, ADUN Tawang, YB Dato’ Haji Hassan Mohamood dan ADUN Perupok, YB Haji Mohd. Huzaimy Che Husin.- UPKN KELANTAN 30/6/2020

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

KERAJAAN NEGERI BAGI KELONGGORAN LANJUTKAN MASA OPERASI KEDAI MAKAN

oleh Che Maziah Mat KOTA BHARU – Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Khas Negeri Kelantan (JKKN) Kali ke 15, menetapkan garis panduan pelaksanaan ibadah korban secara keseluruhan adalah selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan. Garis panduan adalah tertakluk kepada 3 lokasi. Antaranya adalah rumah sembelihan, masjid atau surau […]

Subscribe US Now