Kerajaan negeri bantu mangsa ribut

Kerajaan Kelantan menyampaikan sumbangan kepada 300 mangsa ribut melalui bantuan segera sebaik sahaja mengetahui kejadian ituTANAH MERAH: Kerajaan Kelantan menyampaikan sumbangan kepada 300 mangsa ribut melalui bantuan segera sebaik sahaja mengetahui kejadian itu.

Kejadian ribut berlaku pada kira-kira jam 7.15 petang, Isnin lalu.

Sumbangan berkenaan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md Nawi, semalam. Pada kejadian petang Hari Raya Aidiladha itu, seramai 300 mangsa ribut terlibat dari Mukim Pondok, Banggol Kemunting, Kampung Sat.

Turut ditimpa musibah itu para penduduk dari Mukim Batu Hitam, Kelewek, Banggol, Manal, Bandar, Kemahang 1, Batang Merbau, Bendang Nyor.

Daripada jumlah itu, sebanyak 35 buah rumah  mengalami kerosakan teruk manakala selebihnya mengalami kerosakan kecil.

Mumtaz ketika ditemui pada majlis itu berharap bantuan berkenaan dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung mangsa.

“Kita berharap mangsa bersabar dan insya Allah, kita yakin dengan rezeki Allah, Dia akan gantikan dengan yang lebih baik,” ujarnya. –HARAKAHDAILY 15/9/2016

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment