Kerajaan negeri bersama Kafa cari penaja

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menjelaskan tidak pernah timbul dalam perbincangan sebelum ini mahu mengambil alih pengurusan The Red Warriors atau Kafa.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kerajaan negeri hanya sedia bersama Kafa mencari penaja bagi membolehkan bersaing dalam Liga Malaysia tahun ini.

“Kita akan bersama dengan Kafa untuk memastikan TRW  dapat beraksi dalam Liga Malaysia musim ini.

“Kita sekarang bersama-sama Kafa untuk mencari penaja bagi membantu persatuan itu,” ujarnya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Media hari ini melaporkan Kafa bersetuju memberi laluan kepada kerajaan negeri mengambil alih pengurusan badan sukan itu untuk membolehkan beraksi dalam Liga Malaysia musim ini.

Isnin lepas Kafa yang diketuai Pemangku Presiden Datuk Seri Affandi Hamzah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob bagi membincangkan masalah dihadapi Kafa.

Kafa sebelum itu menjelaskan berdepan dengan masalah kewangan untuk menghadapi Liga Malaysia tahun ini.

“Kerajaan negeri tidak pernah meninggalkan Kafa dan TRW sendirian,” ujarnya.

Oleh itu beliau berharap kerjasama kerajaan negeri dengan Kafa akan memberi keyakinan kepada penaja untuk menaja pasukan Kelantan.

Kata beliau sekiranya ada pihak yang berminat diharap dapat bertemu Kafa segera. – HARAKAHDAILY 4/1/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan sedia RM300,000 bantuan bencana

KOTA BHARU: Cuaca di Kota Bharu agak cerah hari ini. Bagaimanapun jumlah mangsa banjir meningkat kepada 10,508 orang berbanding 5,075 orang semalam. Kawasan yang paling terjejas jajahan Pasir Mas yang meliputi parlimen Rantau Parlimen di mana seramai 6,119 penduduk dipindahkan. Menurut laporan ebanjir.kelantan mangsa paling ramai ditempatkan di pusat pemindahan […]

Subscribe US Now