Kerajaan muflis hanya khabar angin

editor4

PerakanSgPetani1Kerajaan Negeri Kelantan menafikan khabar angin yang mendakwa Kelantan berada di ambang muflis, demikian menurut Anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan YB Dato’ Dr. Mohammed Fadzli Hassan di hadapan lebih 500 orang anak-anak Kelantan di Majlis Mesra Aidilfitri PERAKAN Sungai Petani.

“Dua hari lepas kita mengadakan mesyuarat mingguan Exco. YB Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, beliau bukan orang politik, sebagai Ex Officio membentangkan dalam mesyuarat tersebut bahawa ekonomi berada dalam keadaan stabil dan baik berbanding tahun sebelum ini.”

“Jadi dari mana datangnya khabar angin sebegini, tidak lain tidak bukan ia sebaran yang tidak bertanggungjawab.”

PerakanSgPetani2Beliau yang juga Adun Temangan memperingatkan kepada warga Kelantan di perantauan agar mengambil sikap adil terhadap kerajaan negeri yang dipimpin oleh YAB Ustaz Dato’ Ahmad Yakob yang merupakan orang pilihan Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz sendiri.

“Apa yang kami minta dari tuan-tuan ialah berlaku adil, dengan mendengar kedua-dua belah pihak dan jangan diambil sumber berita yang tidak diketahui siapa dan dari mana sumber tersebut.”

Beliau turut memberi contoh bagaimana berita-berita fitnah yang disebarkan kerajaan negeri terpaksa menjual aset dan bangunan mereka kerana ekonomi Kelantan tenat.

“Sebagai contoh tapak Rumah Sri Kelantan yang berada di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur apabila sekelilingnya dibangunkan maka ia turut dibangunkan usahasama antara anak syarikat kerajaan negeri dengan swasta yang mana selepas dibangunkan mengikut pembangunan semasa, pulangan hasil kepada kerajaan negeri lebih baik. Tiba-tiba digembar-gemburkan kita telah jual bangunan kepada orang”.

Turut menyampaikan ucapan ialah YB Dato’ Haji Mohd Nasuruddin Daud.- UPKN KELANTAN

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

MB Kelantan jawab tuduhan abai penduduk Kg Laut

KOTA BHARU: Mengambil kira pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di Kampung Laut beroperasi di tanah rizab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), kerajaan negeri merancang menempatkan mereka di tempat lebih sesuai. Kawasan itu akan dibangunkan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) sebagai Kampung Warisan. Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata […]

Subscribe US Now