Kerajaan negeri Kelantan nafi batalkan projek

tech

KOTA BHARU – Kerajaan negeri menafikan membatalkan cadangan projek pembangunan bandar sukan yang terdiri dari stadium, kompleks akuatik dan perumahan di kawasan Bukit Merbau, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kerajaan negeri akan tetap melaksanakan projek tersebut walaupun syarikat pemaju yang terdahulu menarik diri di atas sebab tertentu.

“Saya difahamkan mereka (pemaju) ada alasan sendiri, ada masalah dalaman dan sebagainya. Kita boleh menerima alasan mereka, tapi projek pembangunan ini akan diteruskan, sebab kita masih ada lagi senarai pemaju lain yang sedang menunggu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau mengulas isu viral surat pembatalan mengusahakan projek pembangunan bandar sukan di Bukit Merbau oleh pemaju terdahulu yang didakwa enggan meneruskan perancangan di atas sebab-sebab munasabah.

Menurutnya, sehingga kini, beliau masih belum membincangkan perkara tersebut bersama Tunjong Development Corporations Sdn Bhd (TDC) namun pihaknya akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat ini untuk membincangkan hala tuju projek tersebut selepas ini.

Namun Abdul Fattah berkata, pihaknya akan mencuba yang terbaik bagi memastikan stadium impian rakyat Kelantan dan projek pembangunan tersebut akan tercapai serentak dengan pembangunan lebuh raya baharu, dijangka siap 2018 mengikut peringkat telah ditetapkan.

“Kita akan cuba yang terbaik, malah kita juga bersedia untuk membuka tawaran tersebut kepada mana-mana pemaju, namun semuanya masih belum boleh diputuskan. Saya akan mengadakan perbincangan dengan TDC, kemudian kita akan putuskan yang terbaik untuk keperluan rakyat,” katanya.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Wan Roslan angkat sumpah SUP MB Kelantan

Sekitar Majlis Angkat Sumpah Setiausaha Politik kepada YAB Ustaz Dato’ Menteri Besar Kelantan di Pejabat Menteri Besar sekejap tadi. Ustaz Wan Roslan Wan Hamat sebelum diamanahkan sebagai Setiausaha Politik telah memegang jawatan sebagai Pegawai Khas Menteri Besar. Silakan share jika bermanfaat....Facebook0TwitterPrint

Subscribe US Now