KERAJAAN NEGERI KELANTAN PERKASAKAN INTEGRITI PENJAWAT AWAM

webmaster

oleh Norzana Razaly

KERAJAAN Negeri Kelantan pimpinan ulama teknokrat berpegang teguh kepada mafhum hadis riwayat Imam Muslim: “Berkatalah Dia (Jibril): “Beritahu kepadaku tentang Ihsan?” (Nabi Muhammad SAW) bersabda: “(Ihsan ialah) engkau mengerjakan ibadah kepada Allah SWT seolah-olah engkau melihat-Nya, sekiranya engkau tidak dapat melihat-Nya (memang engkau tidak dapat melihat-Nya) sesungguhnya Dia (Allah SWT) melihat engkau.”

Menyedari kepentingan ihsan sebagai indikator utama nilai integriti berteraskan kejujuran dan komitmen terhadap tugas oleh penjawat awam, Bahagian Intergriti dan Tadbir Urus, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Integriti bersempena Hari Integriti Peringkat Negeri Kelantan pada 12 Disember 2019 bertempat di Dewan Teratai, Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan.

Acara tahunan ini selaras dengan sambutan Hari Integriti Nasional pada 5 November setiap tahun. Ia dianjurkan sebagai salah satu daripada program utama bagi mempromosikan agenda integriti untuk memperkukuh, memantap dan memperkasa nilai integriti dalam kalangan anggota perkhidmatan awam negeri bersinonim dengan julukan Tadahan Wahyu.

Inisiatif ini membuktikan sokongan Kerajaan Negeri terhadap tiga prinsip Sistem Pengurusan Kualiti Islam Malaysia (MS 1900) iaitu kepatuhan kepada prinsip halal dan haram; pengurusan organisasi berasaskan nilai murni (mahmudah) dan tidak bertentangan dengan Islam. Elemen negatif (mazmumah) seperti tamak, pentingkan diri sendiri, menerima rasuah, menindas dan menyebarkan fitnah mestilah dijauhi kerana ia membawa kesan buruk kepada organisasi; dan keputusan organisasi mestilah selari dengan kehendak Maqasid Syariah demi menjaga kemaslahatan ummah.

Menurut Pengarah Program merangkap Timbalan Pengarah Bahagian Intergriti dan Tadbir Urus, Encik Wan Muhammad Hazam Wan Hassan, program ini bertujuan memupuk kesedaran anggota perkhidmatan awam Negeri Kelantan mengenai keperluan dan kepentingan membudayakan nilai murni dan berintegriti demi mewujudkan kakitangan awam yang bersahsiah terpuji dan berprestasi tinggi.

Program yang bakal dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yakub ini akan turut mengupas topik “National Anti-Corruption Plan (NACP) 2019-2023: Guidelines On Adeque Procedures, Corporate Liability Provision” oleh Ketua Seksyen, Pembangunan Perniagaan, Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI), Encik Mohd Yany Bin Yusoff manakala Taklimat Undang-undang Liabiliti Korporat bagi Organisasi Komersial: Seksyen 17 (A) Akta SPRM 2009 (Pindaan 2018) akan diperincikan oleh Pengarah SPRM Kelantan, KPKPj Tuan Ramli Bin Ismail. – UPKN KELANTAN 9/12/2019

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PEMIMPIN, NGO KELANTAN SINGSING LENGAN SERTAI “GONYOH GAHA

oleh Norzana Razaly KERAJAAN Negeri Kelantan komited meneruskan agenda mentadbirurus negeri ini berslogankan Kemakmuran, Kesejahteraan, Kebajikan (3K) dengan menjadikannya budaya gerak tindak seluruh agensi Kerajaan dan badan bukan Kerajaan (NGO) melalui jalinan kerjasama strategik. Hal ini menguntungkan rakyat dari aspek kesejahteraan hidup dunia akhirat yang diperolehi daripada aktiviti kebajikan pimpinan […]

Subscribe US Now