Kerajaan Negeri Kelantan sambut baik penubuhan DPTN

webmaster

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan menyambut baik tindakan kerajaan pusat dalam merangka Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) bagi memperkasakan institusi pendidikan tahfiz al-Quran di negara ini.

Exco Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pelbagai faktor dilihat memberi kesan positif kepada penubuhan DPTN tersebut, terutamanya menjadi mekanisme untuk mengawal selia sistem pengajian tahfiz.

“Bukan itu sahaja, malah ia dilihat sebagai keperluan untuk membantu memperkasakan pusat-pusat pengajian tahfiz khususnya milik swasta.

“Pusat-pusat pengajian tahfiz milik swasta ini bukan sahaja telah melahirkan insan berakhlak mulia dan mahir al-Quran tetapi secara tidak langsung bersama memikul tanggung jawab yang sepatutnya dipenuhi oleh pihak kerajaan dan masyarakat awam,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai tindakan Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang sedang merangka Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) bagi memperkasakan institusi pendidikan tahfiz al-Quran di negara ini.

Najib juga menyarankan madrasah-madrasah tahfiz di negara ini supaya turut memberikan pandangan dan cadangan kepada pembangunan DPTN dalam usaha memastikan institusi pendidikan tahfiz al-Quran terus subur di Malaysia.

Fadzli yang juga Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas Kelantan turut memberitahu, pusat-pusat tahfiz milik swasta yang ada kini juga bukannya berorientasikan perniagaan tetapi lebih kepada kebajikan dan kesedaran.

“Banyak pusat-pusat tahfiz yang serba kekurangan tetapi berjaya. Oleh itu amat wajar sekali kerajaan memberikan perhatian dan bantuan bagi memperkasakannya.

“Ia juga menggambarkan rasa penghargaan dan rasa terima kasih kerajaan kepada mereka atas sumbangan yang besar membina generasi al-Quran dan insan berakhlak,” katanya. [SINAR HARIAN]

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kajian terperinci sebat di tempat terbuka

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sedang mengkaji secara terperinci hukuman sebat di tempat terbuka sebelum dapat dilaksanakan di negeri ini. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata Jawatankuasa Sekretariat Hudud di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) diminta membuat kajian terperinci mengenainya. Katanya kerajaan negeri berharap mendapat maklum […]

Subscribe US Now