KERAJAAN NEGERI KELANTAN SANTUNI MASYARAKAT TIONG HWA

webmaster

KOTA BHARU: Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2020, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Pejabat Parlimen Kota Bharu meraikan masyarakat Tiong Hwa dengan mengagihkan limau dan ang pow kepada kanak-kanak bertempat di KB Mall, Kota Bharu dan Pasar Pokok Pinang, Kota Bharu.

Program yang berlandaskan kasih sayang ini diadakan bagi menyemai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk yang ada di Negeri Kelantan tanpa mengira bangsa, agama dan budaya.

Ini juga bagi menzahirkan Dasar Merakyatkan Membangun Bersama Islam yang digagaskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang sentiasa memberikan perhatian kepada masyarakat bukan Islam.

Program turut dihadiri oleh YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri, Dato’ Takiyuddin Hassan, Ali Parlimen Kota Bharu, YB Dato’ Dr Ramli Mamat, ADUN Bunut Payong, Dr. Nazmi Ghazali, Penasihat Pusat Intergrasi Antara Kaum (PEKA), Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam dan Ahli PEKA.-  FB MEJAR DATO’ MD ANIZAM AB RAHMAN 18/01/2020

Sumber: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2250069495286989&id=1525971781030101

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

KELANTAN : Rumah 423K Untuk Johan Qari Antarabangsa, Mengapa Tidak Seheboh 328K Mercedes?

SEHARI telah berlalu berita Kerajaan Kelantan pimpinan YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob menganugerahkan sebuah *Rumah Banglo* bernilai hampir setengah juta ringgit *(RM423,000.00)* kepada Johan Qari Antarabangsa kali ke-60 (2018), Ustaz Haji Abdullah Fahmi Che Nor. Hadiah yang diberikan sempena Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat Negeri Kelantan semalam memberi […]

Subscribe US Now