Kerajaan Negeri Memperuntukkan RM 5 Juta sebagai Peruntukan Khas Bagi Menangani Kesan Wabak Covid-19

webmaster

Kenyataan Akhbar

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan
Menteri Besar Kelantan

Kerajaan Negeri Memperuntukkan RM 5 Juta sebagai Peruntukan Khas Bagi Menangani Kesan Wabak Covid-19

1. Kerajaan Negeri Kelantan memandang serius situasi penularan Wabak Covid-19 khususnya situasa semasa Negara yang terpaksa diambil langkah drastik oleh Kerajaan Malaysia dengan pengistiharan Perintah Kawalan Pergerakan dibawah Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 bermula dari 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 (14 Hari) bagi menyekat dan memutuskan rantaian jangkitan penularan wabak tersebut diseluruh negara termasuk Kelantan.

2. Justeru, Kerajaan Negeri bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM 5 Juta sebagai Peruntukan Khas bagi menangani dan meringankan beban kesusahan rakyat yang kurang berkemampuan akibat kesan penularan wabak Covid-19.

3. Kaedah dan pelaksanaan akan diperincikan dan dimaklumkan kemudian.

4. Bagi kakitangan Kerajaan yang berstatus Kontrak dan Sambilan pembayaran gaji/elaun akan dibayar sebagaimana kakitangan biasa.

Sekian Terima Kasih.

Ustaz Dato’ Hj Ahmad Bin Yakob
(Dato’ Bentara Kanan)
Menteri Besar Kelantan
25 Rejab 1441H / 20 Mac 2020 M

Sumber: https://www.facebook.com/DatoAhmadYakob/posts/1256642781192503

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sidang DUN Kelantan dibatalkan

Persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Yang Keempat Belas yang dijadualkan pada 23 Mac 2020 adalah DIBATALKAN susulan Arahan Kawalan Pergerakan akibat Wabak Covid-19. – YB. Dato’ Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan- UPKN KELANTAN 22/3/2020 Silakan share jika bermanfaat....Facebook0TwitterPrint

Subscribe US Now