Kerajaan negeri, peniaga berbincang untuk pindah

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan melalui Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia Dan Sukan Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood telah mengadakan pertemuan dengan peniaga Pasar Pasir Putih.

Tujuan pertemuan itu untuk berbincang tentang perpindahan tapak perniagaan mereka dari Bandar Pasir Putih yang lama ke lokasi baru berhampiran jalan pintas ke Kota Bharu

Datuk Abdul Fattah ketika berucap pada majlis itu memberi contoh pasar-pasar yang telah menjadi kontroversi sebelum ini akhirnya menjadi maju.

“Walaupun pada mulanya mereka enggan berpindah, akhirnya Wakaf Che Yeh dan Bazar Tok Guru antara destinasi yang menjadi tarikan pelancong di negeri itu,” kata beliau dalam majlis yang berlansung di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Ustaz Abd Rahman Yunus, Ustaz Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah (ADUN Limbongan), Tuan Mazlan Tuan Mat (ADUN Gaal), Wan Hassan Wan Ibrahim (Penyelia Semerak), Penyelia Selising dan YDP Majlis Daerah Pasir Puteh. – HARAKAHDAILY 20/2/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pasar baharu tidak dikena sewa Mac ini

PASIR PUTEH: Mengambil kira masalah dihadapi peniaga di Pasar Baru di Pasir Puteh Sentral, mereka tidak dikenakan sewa pada Mac ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata tawaran istimewa itu diberi bagi mengurangkan bebanan dihadapi peniaga selepas berpindah ke pasar baharu. “Kita mahu […]

Subscribe US Now