Kerajaan negeri perkasa peraturan diperkenal TGNA

webmaster

KERAJAAN negeri yang dipimpin Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob hanya memperkasakan lagi apa yang dilaksanakan Allahyarham Tok Guru.

Ia termasuk peraturan untuk menghentikan operasi pasar malam utama di bandar-bandar negeri ini selama 10 minit bagi memberi peluang peniaga dan pengunjung menunaikan solat Maghrib.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, langkah tersebut merupakan perkara yang sudah lama dilaksanakan kerajaan negeri yang ditadbir PAS.

“Namun hari ini ada bekas anggota Exco kerajaan negeri mempersoalkan usaha ini yang mendapat respon positif daripada rakyat.

“Kita hanya melebarkan apa arahan yang diputuskan pada zaman itu. Kemudian kita mempertingkatkan lagi dari segi penguatkuasaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Datuk Husam Musa yang mempertikaikan usaha berkenaan sedangkan ketika itu beliau sebahagian Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Bagi Mohd Amar, beliau menganggap apa yang dibangkitkan Adun Salor  dan Datuk Zaid Ibrahim kerana isu politik bukan soal ikut undang-undang atau pun tidak.

“Itu merupakan dua isu yang berbeza tetapi apa yang dilaksanakan kerajaan negeri adalah bagi kebaikan orang Islam bahkan tidak memudaratkan sesiapa pun.

“Menghentikan operasi pasar malam selama 10 minit ini tidak lama,” jelas beliau kepada pemberita di Kota Bharu. – HARAKAHDAILY 21/4/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Titah pembesar suara masjid disambung ke Istana Telipot

KOTA BHARU – Istana Telipot yang menjadi kediaman Sultan Muhammad V di sini, dipasang pembesar suara yang disambungkan secara terus dari Masjid Sultan Muhammad II, Telipot, dekat sini. Imam Tua masjid berkenaan, Ahmad Yunoh, 42, berkata ia bagi memudahkan baginda mengikuti kuliah atau aktiviti agama serta mendengar laungan azan dari […]

Subscribe US Now