KOTA BHARU – Kerajaan negeri memperuntukkan lebih RM100,000 kepada wanita, remaja dan ibu tunggal dalam memberi galakan mereka terhadap penggunaan mesin jahit serba guna.
Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi berkata, hasil tangan dalam jahitan itu mampu menjana pendapatan.
“Kerajaan negeri menggalakkan wanita, remaja dan ibu tunggal menerusi pengagihan 45 mesin jahit serba guna yang mempunyai 20 jenis jahitan bagi menghasilkan kerja tangan kreatif.
“Kita percaya, hasil produk yang menggunakan pelbagai medium termasuk bahan kitar semula membolehkan pelajar mengembalikan kegemilangan bidang jahitan,” katanya, di sini, semalam.
Mumtaz berkata, jahitan serba guna tersebut merangkumi jahitan sulam menggunakan komputer dan membolehkan peserta menghasilkan 20 jenis corak termasuk sulaman tepi. [SINAR HARIAN]