KERAJAAN NEGERI PRIHATIN DENGAN NASIB RAKYAT

webmaster

oleh Nik Azman Nik Mustafa

MACHANG – Kerajaan negeri sentiasa prihatin dengan masalah rakyat yang banyak terjejas sumber pendapatan kesan pandemik Covid-19 khususnya pemandu teksi yang kurang beroperasi.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, YB Ustaz Abdul Rahman Yunus mewakili pengerusi portfolio berkenaan menyampaikan sumbangan kepada 53 orang pemandu teksi pada Majlis Penyampaian Sumbangan Khas Kerajaan Negeri Kelantan Kepada Pemandu Teksi Jajahan Machang Tahun 2021 di Pejabat Tanah dan Jajahan Machang hari ini.

Dalam ucapannya, YB Ustaz Abdul Rahman menyatakan kerajaan negeri tidak pernah abai dalam usaha menyalurkan bantuan khususnya kepada mereka yang ditimpa musibah dan terjejas pendapatan.

Turut hadir, Ketua Jajahan Machang, YABrs Nik Mohd Hasanuddin Nik Hussain, ADUN Pulai Chondong, YB Ustaz Azhar Salleh, ADUN Kemuning, YB Ustaz Mohd Roseli Ismail dan Timbalan Ketua Jajahan Machang, YM Tengku Sarifuddin Dato’ Tengku Shahbuddin.- UPKN KELANTAN 15/3/2021

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

RAKYAT DINASIHATKAN SENTIASA PATUHI SOP

oleh Nik Azman Nik Mustafa TUMPAT – Rakyat dinasihatkan supaya sentiasa patuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan demi mengurangkan penularan wabak Covid-19 yang masih belum reda. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Khas Kerajaan Negeri Kelantan Kepada Pemandu Teksi […]

Subscribe US Now