Kerajaan negeri sedia bantu penduduk

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan negeri memberi jaminan membantu penduduk yang terbabit projek pembangunan Lembah Binjai dengan mendapat tawaran harga tanah yang berpatutan.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) menggunakan kaedah biasa membuat penilaian harga tanah.

“Bagaimanapun pemilik tanah ada hak untuk menuntut harga yang lebih baik dan dijamin di bawah Akta Pengambilan Tanah.

“Mereka boleh meminta harga yang lebih baik dan munasabah untuk dirundingkan,” ujarnya di sini semalam.

Media semalam melaporkan penduduk yang terbabit dengan projek Lembah Binjai tidak berpuas hati terhadap penilaian harga tanah dicadangkan.

Mohd Amar berkata, beliau difahamkan purata harga tanah di kawasan tersebut RM1.88 sehingga RM7 sekaki. Harga tersebut pula tertakluk kepada kedudukan tanah tersebut,” katanya. -HARAKAHDAILY 1/2/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Hubungan kaum kekal harmoni di Kelantan

HARMONI. Majlis Makan Malam Penyayang 2018 sempena sambutan Tahun Baru Cina diadakan di Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kelantan, Khamis lepas. Ia dianjur Pusat Khidmat Dun Kota Lama. Turut hadir pada program itu anggota parlimen Kota Bharu, Dato Takiyuddin Hassan; Adun Kota Lama, Dato Anuar Tan Abdullah; Adun Tanjung Mas, […]

Subscribe US Now