Kerajaan negeri terima teguran, bukan fitnah

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan mengalu-alukan teguran, nasihat dan kritikan membina daripada pembangkang, asalkan ia bukanlah sesuatu yang bersifat fitnah.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Mohd Abdullah berkata, semua pemimpin mesti ingat yang amanah setiap pemimpin adalah pengundi dan amanah kepada kerajaan adalah rakyat.

“Setiap amanah ini ada tanggungjawab yang mesti kita jawab di akhirat nanti. Hari ini kalau kita khianat, kita boleh lepas sama-sama kita sendiri.  Tapi di hadapan Allah tidak ada seorang pun lepas.

“Sebab itu saya selalu sebut dalam dewan, kerajaan mengalu-alukan teguran dan kritikan yang membina daripada semua pihak pembangkang, tetapi jangan membuat fitnah,” katanya semasa menyampaikan penggulungan persidangan Belanjawan 2019 di Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Beliau berkata, kerajaan negeri bersikap terbuka menerima sebarang teguran dan kritikan asalkan ia berasas dan berfakta.

“Tapi jangan ada yang membuat fitnah, mengada-adakan sesuatu yang tidak ada. Itu kita tidak boleh bertolak ansur, kita nak teguran yang betul.

“Kita memerlukan nasihat dalam mentadbir negeri ini kerana kita sebagai manusia ada kekurangan,”

Mengulas mengenai hubungan kerajaan kepada kerajaan antara Pusat dan negeri, Mohd Amar berkata, perkara seperti itu tidak perlu dipolitikkan mana-mana pihak kerana ia perkara tersebut sudah lama berlaku dalam konteks pentadbiran untuk rakyat.

“Sejak dulu lagi kita jaga hubungan baik dengan kerajaan persekutuan. Sebab itu semua pihak kena hormati, jangan ada yang campur dan ceroboh bidang kuasa masing-masing.

“Kalau kita buat silap, rakyat boleh tukar kita. Kita jangan terlalu bermain politik. Sedangkan G to G ada tanggungjawab masing-masing,”katanya.- SINAR HARIAN 1//11/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment