Kerajaan Negeri Terus Kekalkan Jumlah Sumbangan Untuk Anugerah Sastera Kelantan

KOTA BHARU – Kegawatan ekonomi akibat wabak Covid-19 tidak menghalang Kerajaan Negeri terus mengekalkan jumlah sumbangan untuk Anugerah Sastera Negeri Kelantan 2019/2020 demi memartabatkan bidang kesusasteraan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, YB Mejar (B) Dato’ Md. Anizam Ab. Rahman memaklumkan pada majlis kunjungan hormat Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur bersama rombongan di pejabatnya di Kota Darul Naim hari ini.

Pengarah DBP Wilayah Timur, Mohd Azam Juhari diiringi Timbalan Pengarah Sastera, Mohamad Ikhram Fadhly Hussin dan Timbalan Pengarah Bahasa, Nor Baizura Ibrahim.

Anugerah Sastera Negeri Kelantan kerjasama DBP Wilayah Timur dengan Kerajaan Negeri diadakan dua tahun sekali bagi memberi pengiktirafan kepada penulis dan penggerak sastera di negeri ini.

Antara anugerah adalah Anugerah Sastera Negeri Kelantan, Hadiah Persuratan Negeri Kelantan, Hadiah Penulis Harapan Negeri Kelantan dan Hadiah Penghargaan Penggerak Sastera Negeri Kelantan.

 

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment