Kerajaan negeri tunggu laporan Jabatan Perhutanan

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menunggu laporan Jabatan Perhutanan Negeri berkaitan sekatan laluan lori balak oleh sekumpulan masyarakat Orang Asal di pedalaman Gua Musang.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, laporan itu perlu bagi mendapat gambaran sebenar melibatkan Orang Asal di Kampung Peralong, Pos Bihai, Gua Musang.

“Kerajaan negeri perlu menunggu hasil laporan berkaitan perkara itu sebelum membuat sebarang ulasan.

“Kita tunggu hasil laporan Jabatan Perhutanan kemudian baru tindakan susulan boleh diambil,” katanya selepas perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Maahad Muhammadi Perempuan, di sini semalam.

Mesyuarat agung itu dirasmikan Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan, Ahmad Yakob.

Baru-baru ini sekumpulan penduduk Orang Asal mengadakan sekatan di laluan lori balak di Kampung Cawas, Pos Bihai.

Bagaimanapun tindakan tersebut yang dipercayai didalang NGO Jaringan tidak disenangi masyarakat Orang Asal suku Temiang apabila mereka membuat laporan polis terhadap sekatan terbabit.– HARAKAHDAILY 23/2/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Hijau tema rasmi Himpunan Bangkit Pertahan Kelantan

KOTA BHARU: Himpunan Bangkit Pertahan Kelantan yang membawa mesej bahawa rakyat negeri itu akan mempertahan kepimpinan ulama bakal disemarakkan dengan warna hijau sebagai temanya. Tema itu bukan sahaja mewakili warna sunnah, malah membawa maksud kemenangan yang akan mewujudkan gelombang hijau menyerlahkan himpunan bakal berlangsung di Padang Perdana, di sini Jumaat, […]

Subscribe US Now