KERAJAAN PERUNTUK RM200 RIBU UNTUK MEMBANTU PETANI DAN PENTERNAK TERJEJAS AKIBAT COVID-19

webmaster

KOTA BHARU- Pihak Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan (PKPNK) sentiasa memastikan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dapat disalurkan kepada para penternak dan petani yang terjejas dapat direalisasikan. Kerajaan Negeri melalui PKPNK begitu komited dalam memastikan masalah lambakan ini tidak menjejaskan pendapatan para penternak dan petani yang ada di Negeri Kelantan.

Segala isu dan halangan yang dikenalpasti akan diperhalusi untuk di selesaikan dengan kadar segera agar penternak dan petani tidak mengalami kemerosotan pendapatan akibat wabak Covid-19 yang melanda. Bantuan Sejahtera Tani ini adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri untuk membantu para penternak dan para petani yang terjejas dalam pasca Covid-19. Sebanyak RM200 Ribu diperuntukkan oleh kerajaan melalui PKPNK bagi membantu para petani dan penternak yang terjejas ekoran penularan wabak tersebut.

Untuk itu, satu Majlis Penyampaian Bantuan Sejahtera Tani Pasca Covid-19 telah diadakan bertempat di Dewan Jahal Hotel Royal Guest House yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Tenologi Hijau dan Alam Sekitar YB Ust Tuan Mohd Saripuddin Tuan Ismail. Majlis ini turut dihadiri oleh Engku Rajhan Bin Engku Ismail Ketua Pegawai Eksekutif PKPNK, YB Wan Hassan Wan Ibrahim AJK Pertanian Negeri yang juga ADUN Semerak, dan juga wakil-wakil dari pelbagai jabatan dan wakil-wakil penerima.

Pada majlis yang sama, seramai 9 wakil dari pelbagai agensi telah menerima mock cheque, yang terdiri daripada pengusaha madu kelulut deyhadrated, pengusaha ikan kelah, persatuan penternak arnab, pengusaha ikan sangkar kerapu hybrid dan juga pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS). Semoga sumbangan ini mampu merancakkan kembali sektor pembekalan makanan untuk manfaat bersama.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Hotel Terima RM500 Dari Kerajaan Negeri Untuk Disinfeksi

KOTA BHARU – Demi mengembalikan kepercayaan dan keyakinan pelancong untuk melancong ke Kelantan dan menginap di hotel selepas ancaman wabak Covid-19, Kerajaan Negeri telah meluluskan sejumlah peruntukan kepada 17 buah hotel dan 38 hotel bajet bagi menjayakan program nyah kuman atau disinfeksi di premis penginapan pelancongan bagi tahun 2020. Pengerusi […]

Subscribe US Now