Kerajaan PH diminta laksana projek di Kelantan

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta meneruskan projek-projek yang telah diluluskan kerajaan Persekutuan sebelum ini di Kelantan.

Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra bertitah antaranya projek menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra.

Selain itu, projek Central Spine Road (CSR), Lebuh Raya Pantai Timur dan cadangan pembinaan Jambatan Kampung Cina ke Palekbang.

“Perkara ini perlu sebagai usaha untuk mengeratkan lagi perhubungan yang baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Pada masa yang sama ia untuk kepentingan rakyat di Kelantan,” titah baginda ketika merasmikan Istiadat Pembukaan penggal pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-14 di Kota Darulnaim hari ini.

Baginda bertitah di bawah kerajaan baru diyakini banyak lagi perubahan akan dilakukan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. – HARAKAHDAILY 23/7/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7485-kerajaan-ph-diminta-laksana-projek-di-kelantan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pemangku Raja Mengucapkan Tahniah Kepada Kerajaan Kelantan

KOTA BHARU– Istiadat Pembukaan Penggal Yang Pertama Dewan Negeri Kelantan Keempat Belas Bagi Tahun 2018 berjalan dengan penuh adat istiadat. Dewan Negeri Kelantan akan bersidang selama 3 hari bermula dengan Istiadat Pembukaan semalam sehingga hari Rabu ini. Baginda tiba kira-kira jam 10 pagi dan disambut oleh Menteri Besar YAB Ustaz […]

Subscribe US Now