Kerajaan PH pinggir Pantai Timur

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) seperti mahu meminggirkan Kelantan, Terengganu dan Pahang apabila tidak banyak peruntukan besar disediakan dalam Belanjawan 2019.

Timbalan Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Nazman Che Iberahim berkata, perkara seperti itu sudah lama berlaku di Malaysia Timur.

Katanya, ekoran peminggiran itu sehingga ada suara mendesak untuk keluar daripada Persekutuan Malaysia.

“Hal ini sangat berisiko kepada sistem federalisma,” katanya pada sesi temubual bersama Muhammad Rudin Siru pada rancangan Saya Suka Tanya (SST) yang disiarkan di Facebook, TVBaru di sini malam tadi.

Nazman juga berkata, situasi yang berlaku sekarang berkaitan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai satu kesedihan kepada golongan belia.

Kata beliau mahasiswa menjadi mangsa selepas apa yang dijanjikan pemimpin PH pada kempen Pilihan Raya Umum lepas tidak dilaksanakan. – HARAKAHDAILY 8/11/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8650-kerajaan-ph-pinggir-pantai-timur

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Apa tindakan kerajaan atasi makanan palsu?

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengambi tindakan drastik terhadap isu jualan telur dan beras palsu yang meluas bukan sahaja palsu dari segi pembuatan malah membahayakan kesihatan, tegas Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff. Katanya, ini kerana ia mengandungi bahan kimia yang dijual di pasaraya dan pasaran dalam negara. Beliau […]

Subscribe US Now